
Tahniah diucapkan kepada semua atlet olahraga PANTAI WARRIOR MSSWPL yang telah berjaya meraih tempat ke-2 pada Kejohanan Olahraga Peringkat WP Labuan yang berlangsung dari 3 hingga 9 Julai 2025 bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet sepanjang latihan dan pertandingan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah juga ditujukan kepada pengurus pasukan serta jurulatih yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan memimpin dengan penuh dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi, mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
SMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURID